Content
Kenapa Kami?

Kenapa Kami?

FL Technics merupakan sebuah organisasi latihan sokongan teknikal pesawat udara yang telah disahkan (EASA Part 147) yang mempunyai pengalaman yang melebihi 20 tahun di dalam industri ini.

Syarikat yang menawarkan lebih daripada 650 kursus – kursus kepada pelanggan-pelanggannya dan telah melatih lebih daripada 3000 jumlah pelajar dalam jangka masa 45.000 jam dalam satu tahun. Kursus – kursus teori boleh didapati di Moscow, Tyomen, Alma Ata, Vilnius dan London. Latihan di tempat kerja telah dilaksanakan di Vilnius, Kiev dan London.

Latihan FL Technics mempunyai lebih daripada 650 bilangan pakar-pakar yang berkelayakan tinggi yang sedang berkhidmat di seluruh dunia. Setiap daripadanya yang bermula daripada penyelanggaran yang asas kepada latihan penilaian jenis yang kompleks – setiap program-program Latihan FL Technics telah dididik oleh pakar-pakar industri profesional yang telah disahkan sepenuhnya dan mendapat pengiktirafan secara meluas.

Latihan FL Technics menyediakan latihan mengenai  kedua - dua badan pesawat udara yang sempit yang merangkumi pesawat udara yang tidak terhad seperti keluarga Boeing 737 CL, keluarga Boeing 737 NG, Boeing 757, Boeing 767, keluarga bagi pesawat Airbus A320 serta pesawat badan yang lebar seperti Boeing 747,Boeing 777, Airbus A330 dan Airbus A340.

Infrastruktur yang luas dan mantap yang dimiliki Latihan FL Technics telah membolehkan syarikat tersebut berkemampuan untuk menawarkan bukan sahaja latihan dalam kelas, lawatan luar yang profesional dan amalan dalam tempat penyimpanan pesawat udara tetapi juga tawaran pakej yang sangat menarik yang memenuhi keperluan individu pelanggan mereka.

Semua kursus telah diajar oleh pakar - pakar yang fasih dalam Bahasa Inggeris atau Rusia bagi memastikan semua pelanggan tidak mempunyai masalah dalam memahami selok - belok latihan teknikal.

Site Usage Policy. Privacy Policy. Cookie Policy. Standard Terms of Trade © 2011 FL Technics Training - EASA Part-147 Organisation

Solution: WIN WIN